Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday

surprisingly!!


there's one guy dedicated this song to me..
what u want haa "secret admirer"?!!!

Friday

Price Tag (Google Translate = Tag Harga)


ilang jap tension wat thesis...haha.. thumb up larr pd encik mimpi!!
org terhibur...(^___^)

from mereka yg saya syg

jazakallahu khairan khasiro

My BUM purse from my beloved mama sempena birthday yang ke23



really luv n appreciate it..tqvm (^___^)

Monday

kraf-kraf kreatif bersama adik!!

akibat terlalu bosan tak tahu nak buat apa, org melayan kerenah adik-adik org dengan menganjurkan kelas gunting-gunting jadi mask. Tapi, adik org si Syakir tu menggelarkan kelas kraf-kraf kreatif! Lantak korang la..janji kakak hepi wat kerja kanak-kanak nie.


Bahan yang diperlukan:
1) Kertas A4 abah (amik sikit je utk mengelakkan abah bising)

2) Gunting (kakak je yang leh guna)

3) Getah kedai (utk ikat di telinga nanti)

4) Pensil (utk lakaran idea)

5) Plastik sampah (utk mengelakkan mama bising sampah bertaburan)


Setelah beberapa minit, org dan adik-adik kecik org nie berjaya menghasilkan 4 artwork

1) Masquerade mask

2) Bapak beruang mask

3) King crown

4) Princess crown


nie lah hasilnya, yang telah digayakan sendiri oleh model potpet2 berdua nie..


akir n kirah setelah kelas kraf-kraf kreatif abis! gumbira...

tapi yang paling kelakar, Kirah bila dia pakai je crown atas kepala dia, secara automatik dia akan menyanyikan lagu Negaraku in her own version la..

dgn penuh semangat dan agak susah untuk kita berhentikan nyanyi dia.. haha..

tak tahulah apa yang ada dalam pemikiran budak berusia 2tahun nie bile dia pakai crown..semangat patriotik datang secara tiba-tiba kot...hahaha..





salam ukhwah




all about instead of.....


salam ukhwah







Saturday

jauh hati

entri kali nie...sal ati yg jauh..nope..jauh hati.

Jauh hati ditafsirkan sebagai sesuatu perasaan yang membawa hati sejauh yang mungkin. Tapi taklah melebihi 2 marhalah yang membolehkan seseorang itu wat solat jamak. Jauh hati ini akan terbit dari diri seseorang yang mengalami perasaan terasa terhadap sesuatu yang membuatkan dia terlalu sedih, marah, walang,malang dan sifat-sifat sedih seangkatan dengannya. Kata yang sinonim dengan jauh hati ialah merajuk. Bahasa sms "majuk".

Sadis ooo kalau terlibat dengan simptom jauh hati nih. Sejujurnya,semua manusia akan terlibat dengan perasaan ini. Tak kiralah seberapa mana manusia itu dihargai manusia lain atau manusia itu jenis hati batu or hardcore. Mereka tetap akan jauh hati.

Ubat atau penawar bagi menggurangkan kadar simptom jauh hati ialah :
1. Makan makanan yang anda suka seperti coklat,buah-buahan,fast food dll... mungkin ia boleh melupakan jauh hati anda. Tapi, mungkin juga akan ada kesan sampingan kalau diambil berlebihan. (makan hati ayam mungkin ayam leh jauh hati dengan kita lak)

2. Buat aktiviti yang boleh menggumbirakan hati yang walang. (main game, lipat kain, bersukan, facebooking, jaga baby etc)

3. Meluahkan perasaan ketidakpuasan hati pada individu lain yang boleh memberikan kita rasa tenang. (kucing pun kadang-kadang membantu gak)

4. Mengalirkan air mata kesedihan jauh hati (jangan sampai kontang lebam-lebam lak, sekadar perlu)

5. Menyatakan perkataan "takpe...ada hikmah di sebalik semua ini..sabar", "salah aku gak.." pada diri sendiri (terapi diri)

6. Terus terang pada orang yang anda jauh hati tu. Luahkan apa yang terbuku. Mungkin dia tak sedar kesilapannya. Kita kan manusia...not perfect.

7. Berwudhuk dan melakukan amal ibadah kepadaNya. Kerana dariNyalah segala yang dikehendaki. (membaca Al-Quran.berzikir, solat dan berdoa is the best medicine for heart)


Jauh hati hanyalah perasaan kita. Bermain dengan perasaan sendiri adakalanya amat memenatkan, tapi jangan terlalu kerana ia boleh memakan diri. Rosak hati apa pun tak menjadi. Sikap suka memaafkan orang lain amat mulia. Fahami diri dan perlu juga untuk kita fahami orang lain. Kita bukan Tuhan untuk menilai setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita.




Just share..tq (^___^)

salam Ukhwah

Friday

Thursday

berape berat badan kite ekk??

malam nie, my lil cousin tido kt sini.. bertambah meriah rumah org dgn kehadiran 2 orang minah comey potpet tuh eya n iqah.. syakir n syakirah paling hepi. mana tak nya, dorg de plan mcm2 program utk sok hari.. org pun xtahu dorg nyer program tuh ape..juz wait n see.. budak2 la katakan... on d spot je nyerr pun leh enjoy giler2.. xpayah nak draft proposal bagai-bagai...

n the first program yg dorg wat sblum tdo td..

"BERAPE BERAT BADAN KITE EKK??"
ajk program secara tak langsung ialah
pemerhati,pengkritik n tukang gelak : org n Puan Norhayati (my mama)
tukang tgk skala weight n sebut berat : En.Samsudin.. abah org pun join skali..haha
peserta : dak pot pet 4 orang tuh
dan...keputusanya...

Eya: 24kg
Iqah : 22kg
Syakir : 20kg
Syakirah : 10kg

kelakar dh macam berat guni beras je...hahaha..
emm, berat badan ideal ke nie??? teman pun xsure..
sebelum dak2 tuh tdo,sempat lagi berposing baring2 atas toto dpn tv umah org


Luv sign before sleep...i luv u all(^__^)


salam ukhwah:)

Patah Seribu (luv diz song)



teringat kisah2 dulu..ahaksss...

Friday

doraemon & nobita (before and after)



doraemon n nobita ketika muda- hepi ekk??





doraemon n nobita dah dimamah usia...stress n berkedut2..
haha


btw's note: walau cmne pun korg, aku tetap xjemu tgk korg beraksi..
ang ang ang to te mo dai suki doraemonnnnn....

salam ukhwah:)

Thursday

ohh..laptopku..

dah lama tak on9 pakai laptop sendiri..musabab wireless connection de problem..
on9 pakai laptop mini hp je...sgt xbest,kne tnggu turn nk pakai, screen kecik n kepuasan tak sepuas mana...
so, tonight nekad untuk solve the problem.. ask my doktor p.c., hopefully he will help me..

alhamdulillah, die mmg terbaik dari ladang... solve the problem by the phone je.. walaupun org kehabisan kredit di pertengahan jalan.. cadang nk wat s.o.s topup, but my doktor p.c called me back.. thanks God!! He very pakar, wa cakap sama lu.. error pd IP address kot..sbb die duk sebut nombor2 je n org juz key in...hehe. Seriously, org nyer keilmuan p.c tahap zero. Bila de problem cikit je, gelabah n mula la niat nak p hantar kedai p.c, nak update la nak format la, tapi org juz ckp je, xpenah wat pun...hoho..

To my lovely laptop brand compac >> bertahanlah la engkau dgn sebaik-baiknya smpai aku habis study,wat thesis semua utk last sem nnt..plz..i love u..


Mujur de sahabat baik yg expert bab nie..dalam sekelip mata berserta usaha sdikit n kegunaan kredit ckit plus credit 2min 15 saat dr die, masalah org dapat disettlekan.


btw's word : dah byk kali org hadapi masalah cmnie,but masih nk mengharapkan org nak tolong..
hurm..bile la nk pandai..

Saturday

Bondan Prakoso & Fade2Black - Ya Sudahlah (Lirik)


"apapun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu...
jangan la kau bersedih...coz everything's gonna be okay.."

Wednesday

habbatus sauda

Habbatus sauda.. sangat menarik n sedap namanya. Macam nama manusia.hehe.
Nie nak share my 1stime try habbatus sauda... seriously need to google first on how it work. Untuk menambah ilmu, org share the information about this herb...(source:http://www.habbatus-sauda.net)


Habbatus Sauda dalam hadis Nabi ?



Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam Hadis baginda yang dipetik daripada kitab Ash Shahihain:


“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As
Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat
bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Terdapat ulasan berdasarkan ilmu kedoktoran yang menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lainnya :
    buasirAntiinflamasi - mengubat perih/radang tenggorokan
    buasirAntiarthritis - mengubati rheumatik
    buasirAnalgesik - mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain)
    buasirMengatur haid dan meningkatkan aliran susu
    buasirAntiseptik - mengubati bau mulut
    buasirAntivirus - mengubati demam dan flu
    buasirDermatologi - mengubati jerawat dan ekzema
    buasirMengubati saluran kumuh dan batu ginjal.
    buasirSistem imunisasi - meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelakkan penyakit

    Sangat kagum dengan ciptaan Allah. Subhanallah...Then, lps je google n baca2 info.. org trus call my best fwen on how to take it. actually, this habbatus sauda pemberian dari dia untuk sayeerr...tqvm to him. (^___^).
    Dia cakap drop 2 3 titik minyak habbatus sauda tu dalam segelas air n minum. Dulu just tahu cam tu je tu pun melalui buku, dengar orang lain cakap-cakap n iklan Jus Tok Guru kt tv. hehe.

    curious sgt nk tahu rasenya n nakkan khasiatnya, try la mcm yang disarankan. Cam minyak rupa nya. Em..but ade gak dijual kat pasaran dalam bentuk tablet. Yang my best fwen bagi nie, dalam bentuk cecair. Titik dalam air pun xlarut sgt,still mcm berminyak-minyak tepi gelas. Kacau dengan straw, baca Basmallah n minum.. pelik tapi ok lah rasanya..agak berminyak-minyak n berangin-angin cikit.. macam mkn mint. Teguk sampai habis. Ucap Allahamdulillah n hopefully everything gonna be ok with my 1stime experience with Habbatus Sauda.

    Yang penting khasiatnya n yakin dengan Hadis Baginda saw.
    Sesungguhnya, Allah itu Maha Menyembuhkan Segala Penyakit.

    tqvm utk my best fwen atas sebotol Habbatus Sauda!!!

    Sunday

    tiada apa untuk saya lagi..

    Nikmat bercinta,
    saya tak pernah merasakan nikmat itu..
    Tuhan tak memberi peluang kepada saya untuk menikmatinya..
    Mungkin belum cukup lagi cintaku kepadaNya..
    Itulah musabab tiada cinta untukku..

    Tiada keistimewaan dan kata yang indah untuk saya mendapatkannya selama hidup 23tahun ini. Tiada yang terpandang atau menoleh pun terhadap diri saya. Tiada apa yang pasti.
    Mengenali seseorang tapi yang diyakini, seperti biasa menjadi teman dikala kesepian dan mencipta harapan lalu ditinggalkan.
    Untuk merasa kenikmatan cinta suci pertama kali jauh sekali.
    Siapalah saya, hanya layak menyendiri, disakiti, dimaki dan jauh sekali untuk dihargai mempunyai.

    Tuhan Maha Tahu.
    Kasih sayang saya esklusif untuk abah,mama,adik-adik dan siapa sahaja yang mendampingi saya.
    Mungkin kenikmatan cinta itu tidak diberikan kepadaku kerana Dia Yang Maha Agung mengerti pabila aku di dalam kenikmatan cinta, aku akan menjadi alpa.
    Ku akui, cemburu melihat teman sekeliling merasai nikmat itu..tidak aku. Tidak aku untuk selamanya.

    Tuhanku,
    aku tidak menyalahkan takdirMu. Aku redha dengan kehendakMu.
    Biarlah aku memberikan sayangku kepada ciptaanMu, kerana aku pasti bila kita menyayangi, kita akan disayangi...

    Tuhan,
    jadikan terbitkan wujudkan berikanlah kenikmatan cintaku hanya untuk seorang lelaki yang sah bagiku di sisiMu, bukan kepada lelaki yang belum ada apa-apa ikatan untukku..

    Ketika ini, mungkin aku kesepian, mana tahu hari mendatang tidak lagi..
    Tuhan, tidak salahkan aku berharap?
    Kasih sayang terus aku dambakan..
    Sayangi aku Ya Rabb..
    Semoga ada kenikmatan cinta itu untukku...nanti..
    -amin-

    Saturday

    antara maserati n audi

    kereta idaman seseorang
    suka sangat sebut.
    bagi org,mmg cun la..sporty terbaikkk tapi mampu ke nak memilikinye???

    maserati


    audi

    kata motivasi:
    utk seseorang tu, semoga impian tercapai untuk memilikinya suatu hari nanti..
    amin(^__^)

    saturday nyerr citer..

    org mmg tdo lmbt gile smlm...kul4.30pg...(kesian badan aku)
    google design utk mural n wat stencil dgn kad manila (3 keping org gune)
    utk hasilkan stencil utk mural yg bercorak geometri nie bukan la susah sgt, sebab idea org ciplak dr satu laman web nie... mmg best design die...cun n very comel. First tengok, org rambang mata, cam g shopping lak..hehe.. n then terpikat pada satu design nie..












    tp, bile fikir-fikir balik, munge-munge lak...cam girlish sgt utk border sekolah...
    mmg jatuh cinta dengan design nie..so,keep it for my room later..hehe

    and then, klik lagi kat next page... tiba-tiba hatiku terase syok lak tengok design nie.. sempoi, simple n yg penting ada nilai estetika..







    rupa geometri segi empat yang penuh elegen..(^__^)

    msj ara kat fb (discuss2) n deal!! this design was selected for border mural..
    terus wat stencil menggunakan stok-stok yang ada.. sebatang pensil, kad manila 3 keping, kotak petak segi empat semua org kutip.. special thanks to zila utk kotak cincin, kotak safi balqis, ya utk kad promo cincin tunang, n of coz myself, kotak hadiah n kotak aksesori bagai-bagai.

    cakap terus-teranglah, mata tak leh tahan. Buat keje tak sampai habis, just wat lakaran square n potong-potong 4 5 square.. sambung sok weh..4.30pg baru dapat tido.

    janji melayu, kul10pg, weh, org bangun tido pun kul9.45pg, mandi-manda, print2, gulung2 stencil yang wat semalam dah kul10.15pg, awek org ara amik trus g kedai stationery febret Ahmeng utk beli masking tape. Kerugian rm5.60.

    Oleh kerana takut kelaparan kebuluran dan menggigil ketika wat keje karang, org n teman serempit mengisi perut dulu kat Restoran Wira Klasik..kul10.45pg dah makan nasi.. suda kenyang menyambung kegiatan rempit ke SEVEN.

    Sampai je dah kul11.30pg, sekolah hari nie happening sangat sebab ada event Open Hall Raya dak Kelab Sejarah (tq kak Fida bagi kitorang makan lagi) n kat makmal bahasa event anjuran Bank Kuwait..tak tahu pe nama event tu.. (cikgu yang tak alert..ish3x)

    Jam 12 lebih-lebih..start kerja memuralkan dinding.. teman org sempat hantar msj, SELAMAT MEMBUAT MURALI... haha...rosak-rosak... terbongkok-bongkok wat mural. Dari dinding tu kosong, g ke step menggamkan stencil kat dinding, lakar edge square and step mewarna sampai puas hati. Mula-mula pakai teknik gam masking tape kat square2 tu, tapi tak jadi, tak dapat sharp, berbulu2 (oh rindunya pada Cik Khai..hehe)..tak puas hati.. So, the last solution, dengan bakat yang dianugerahkan, kami memberanikan diri membebaskan tangan mewarna-warna square2 tersebut.. berjaya walaupun tak la perfect sangat.

    Hari ini kerja wat 2 orang je dgn rara.. tak lupa pada gegirl bertiga dari 2 Fikrah.. meringan tulang membantu cikgu praktikum nie. Macam-macam style yang digayakan sepanjang wat mural tersebut. Pose paling sering "membongkok2, cangkung n bersila" lenguh bebeno. Kesan comot usah cakap la...tercalit,terpalit,terbalik pun ada. Kes terbalik berlaku sebelum wat mural utk cat warna biru n selepas siap semua utk cat warna oren..terbaikk la.. Tuhan menduga utk wat kerja tambahan yang amat wat kami lebih sabar.
    Done job jam6.30ptg for sebelah dinding tangga je. Sok Ahad sambung lagi utk dinding sebelah sana lak..My God, my weekend is nothing n boring.

    Tahniah Syamimi n Farawahida!!
    kita berjaya..we did it!


    ::to my sedara, sori tak dapat g open house. sayeee amat bz!! sadis nye..(-.-)
    tq sudi hantar lauk di malam hari..(^__^)

    Monday

    OST Kontrak Cinta - Hanya Ingin Kau Tahu


    ku salah menilaimu...
    memberi peluang itu adakalanya memeritkan hati...
    sakitnya hati ini hanya Penciptaku yang mengerti.....

    Wednesday

    perihal HATI


    andai buruk daging itu, buruklah seluruh jasadnya
    andai baik daging itu,maka baiklah seluruh jasadnya.
    dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah HATI.

    Baik HATI kita,baiklah JASAD kita...

    Sunday

    berkongsi ILMU bersama

    dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran,
    maka kedudukannya di akhirat ditemani malaikat yang mulia.
    Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca,
    maka dia mendapat pahala ganda."
    (Muslim)

    Ya Allah, dekatkanlah hatiku dengan kalamMu...amin
    ^____^

    Friday

    Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir ~ ~


    really love this song...meaningful...^__^
    ibarat jiwaku separuh terbang

    tawaran terhebat hanya di Ramadhan Al-Mubarak!!

    hadiah & bonus hebat
    menanti anda untuk dimenangi-

    OFFER & PERCUMA!
    -keredhaan Allah
    -keampunana Alllah
    -balasan syurga
    -bonus 1000 bulan
    -tingkatkan taqwa
    -potongan 100%
    -syaitan dibelenggu
    -sihat tubuh badan
    -rezeki mencurah
    -doa dimakbul
    -Malam LAILATUL QADAR
    -dan banyak lagiiiiiiii!!!!

    Acara menarik!!!
    -puasa siang hari
    -bersahur
    -solat tarawikh
    -zakat fitrah
    -zikrullah dan doa
    -majlis tazkirah
    -berbuka puasa
    -sedekah jariah
    -iktikaf di Masjid
    -Qiamuallail
    -Tadarus Al-Quran
    -Umrah Ramadhan
    -dan macam-macam lagi....

    Syarat Penyertaan
    -mengharap kasih sayang Illahi
    -warganegara muslim
    -mukmin sejati
    -ikhlas &jujur
    baligh & berakal
    -ikut peraturan
    -solat fardhu tak cuai.

    Rebutlah tawaran paling lumayan dari Allah SWT ini selagi stok umur masih ada!!!
    *untuk keterangan lanjut sila rujuk AL-QURAN,HADIS,SUMBER BACAAN AGAMA dan ALIM ULAMA' berhampiran anda!!

    TAWARAN SAH MULAI 1-30 RAMADHAN
    24 JAM (siaran langsung)
    tempat : seluruh pelusuk alam

    Thursday

    pantun Merdeka

    Dua tiga kucing berlari,
    mana nk sama si Jalur Gemilang,
    kedamaian semua org cari,
    tapi cume dihargai bila dah hilang.

    buah cempedak di luar pagar,
    sarang tebuan jgn dijolok-jolokkan,
    apa guna cakap berdegar-degar,
    kalo janji takde yang dikotakan.

    tanam pinang rapat-rapat,
    senang puyuh nak berlari-lari,
    nak merdeka dah lama dapat,
    tapi, sampai sekarang tak sedar diri.

    kalo roboh kota Melaka,
    kontraktor jugak yang dirikan,
    org kita bijak-bijak belaka,
    jati diri hancus dek haloba cari makan.

    tinggi-tinggi si matahari,
    anak kerbau haus tertambat,
    hancur tanah air dek tangan sendiri,
    entah sampai bila la kita nie nak tobat...

    (tibe2 lak org jadi bersemangat Merdeka nie, bulan Merdeka la katakan...huhu)
    *pantun ini hanya utk hiburan hati...^__^

    SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE-54
    TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

    Tuesday

    17 Ramadhan Nuzul Quran

    Membaca Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala.
    Antara wasiat Al Imam As Syahid Hassan Al Bana
    "Bacalah Al-Quran atau tataplah buku-buku,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah dan janganlah sama sekali membuang masa walau sedikit pun, kerana perkara-perkara yang tidak berfaedah."
    Semoga kita sama-sama mendekati diri dan hati kita dengan Al-Quran.

    Monday

    Mengenali Mencintai Kekasih Allah - Muhammad bin Abdullah.

    Nama-nama Rasulullah


    Di antara nama baginda seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w..

    "Aku adalah _______



    1) Muhammad

    2) Ahmad

    3) Al Maahi (Penghapus segala kekafiran)

    4) Al Haasyir (Pengempul manusia yang dikumpulkan kelak di bawah telapak kakiku)

    5) Al Aaqib (Penutup semua kenabian)



    Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, "Aku adalah:



    1) Al Muqaffa ( yang dimuliakan)

    2) Nabiyyur Taubah ( Nabi pembuka pintu taubat)

    3) Nabiyyur Malhamah (Nabi yang memimpin peperangan)

    4) Nabiyyur Rahman (Nabi pembawa rahmat)



    Dalam al-Quran, Allah swt menyebut Rasulullah saw dengan nama-nama berikut:



    1) Basyiran (pembawa berita gembira)

    2) Nazirin (pemberi ancaman)

    3) Sirajan Munira (pelita yang terang)

    4) Raufan Rahima (pengasih dan penyayang)

    5) Rahmatan lil 'Alamiin (pembawa rahmat bagi seluruh alam)

    6) Muhammad

    7) Ahmad

    8) Tahaa

    9) Yassin

    10) Muzammil

    11) Muddatstsir (yang berselimut)

    12) Abdullah (hamba Allah)

    13) An Naziir Al Mubin (pemberi ingatan yang nyata)

    14) Muzakkir (pemberi ingatan)



    Tanda-tanda kenabian Rasulullah s.a.w



    Ada beberapa tanda yang menunjukkan akan kenabian Nabi Muhammad saw di antaranya ialah:



    1) Pembedahan Nabi Muhammad saw

    Pembedahan dada Rasulullah ini merupakan keistimewaan bagi baginda. Allah swt memerinttahkan malaikatNya untuk membelah dada baginda dengan tujuan membersihkan dan memberi cahaya Illahi sebagai persiapan untuk menerima wahyu daripada Allah swt untuk diajarkan kepada manusia. Pembedahan ini dijalankan sebanyak 4kali.



    (i) Pertama, ketika baginda dalam penjagaan Halimah (ibu susuan baginda), ketika itu Nabi baru berumur 4tahun (menurut pendapat yang kuat) ;



    (ii) Pembedahan kedua ketika nabi berumur 10tahun



    (iii) Pembedahan ketiga ketika baginda berumur 40 tahun iaitu ketika Jibril datang menemui baginda menjelang baginda diangkat menjadi Rasul;



    (iv) Pembedahan keempat terjadi iaitu pada malam Isra' dan Mi'raj ketika baginda ingin berangkat ke Isra'.



    2) Khatamun Nubuwwah (cap kenabian)

    Para ulama berselisih dalam menentukan bantuknya. Menurut pendapat yang mahsyur tanda kenabian Khatamun Nubuwwah itu serupa dengan telur burung merpati. Iaitu berbentuk gumpalan daging yang timbul pada punggung sebelah kiri bahagian atas, memancarkan cahaya, terlihat berwibawa dan berbau wangi.



    3) Bermimpi baik dan benar

    Rasulullah saw tidak sekali-kali bermimpi sesuatu, melainkan yang dimimpikan itu menjadi kenyataan.



    4) Banyak lagi tanda-tanda kenabian baginda, termasuk yang telah diungkapkan dalam mukjizat Rasulullah saw.



    * berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w tanda kecintaan kita kepada baginda.