Jauh hati ditafsirkan sebagai sesuatu perasaan yang membawa hati sejauh yang mungkin. Tapi taklah melebihi 2 marhalah yang membolehkan seseorang itu wat solat jamak. Jauh hati ini akan terbit dari diri seseorang yang mengalami perasaan terasa terhadap sesuatu yang membuatkan dia terlalu sedih, marah, walang,malang dan sifat-sifat sedih seangkatan dengannya. Kata yang sinonim dengan jauh hati ialah merajuk. Bahasa sms "majuk".
Sadis ooo kalau terlibat dengan simptom jauh hati nih. Sejujurnya,semua manusia akan terlibat dengan perasaan ini. Tak kiralah seberapa mana manusia itu dihargai manusia lain atau manusia itu jenis hati batu or hardcore. Mereka tetap akan jauh hati.
Ubat atau penawar bagi menggurangkan kadar simptom jauh hati ialah :
1. Makan makanan yang anda suka seperti coklat,buah-buahan,fast food dll... mungkin ia boleh melupakan jauh hati anda. Tapi, mungkin juga akan ada kesan sampingan kalau diambil berlebihan. (makan hati ayam mungkin ayam leh jauh hati dengan kita lak)
2. Buat aktiviti yang boleh menggumbirakan hati yang walang. (main game, lipat kain, bersukan, facebooking, jaga baby etc)
3. Meluahkan perasaan ketidakpuasan hati pada individu lain yang boleh memberikan kita rasa tenang. (kucing pun kadang-kadang membantu gak)
4. Mengalirkan air mata kesedihan jauh hati (jangan sampai kontang lebam-lebam lak, sekadar perlu)
5. Menyatakan perkataan "takpe...ada hikmah di sebalik semua ini..sabar", "salah aku gak.." pada diri sendiri (terapi diri)
6. Terus terang pada orang yang anda jauh hati tu. Luahkan apa yang terbuku. Mungkin dia tak sedar kesilapannya. Kita kan manusia...not perfect.
7. Berwudhuk dan melakukan amal ibadah kepadaNya. Kerana dariNyalah segala yang dikehendaki. (membaca Al-Quran.berzikir, solat dan berdoa is the best medicine for heart)
Jauh hati hanyalah perasaan kita. Bermain dengan perasaan sendiri adakalanya amat memenatkan, tapi jangan terlalu kerana ia boleh memakan diri. Rosak hati apa pun tak menjadi. Sikap suka memaafkan orang lain amat mulia. Fahami diri dan perlu juga untuk kita fahami orang lain. Kita bukan Tuhan untuk menilai setiap yang berlaku di dalam kehidupan kita.
Just share..tq (^___^)
salam Ukhwah



No comments:
Post a Comment