Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday

Sesal itu aku kini


Aku bermanja dengan "dia" dengan kenangan dan air mataku - mencium bau dari dia di baju biru "EASY"- mengalir air mata lagi dan lagi.....
Abang...
"Mana harus ku hamparkan rindu......hilang"

Terlalu Kecewa...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ketika ini aku merasa sungguh kesal dengan diriku sendiri. Membuat keputusan yang terburu-buru dan amat tidak matang sekali. Sudah beberapa hari tidur aku tak lena, menyesali khilaf sendiri, termenung, mengenang semula kenangan lalu, lalu tak ku sedar air mata pun mengalir, kering sendiri sampai pagi dan lesu jadi kesan tak punya seri lagi di wajah. Syukur, ayat diatas dari ungkapan Doa Nabi Yunus a.s dalam perut ikan nun (paus) saat ditimpa ujian Allah, aku jadikan zikir sumber kekuatan mencari simpati sandaran terbaik dari Allah azzajawalla. Biar tabah hadapi semua.

Astagfirullah....Aku bersalah Ya Allah. Aku telah berlaku zalim pada seorang lelaki yang begitu ikhlas menyintai aku. Yang pada saat ini memerlukan aku di sisinya. Aku tak patut meninggalkannya tanpa sebab yang sengaja aku reka. Walhal, aku juga amat memerlukan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari dia kini. Bertahan sendiri.

Tetapi, ketika ini aku terpaksa melakukan ini semua demi melihatnya bahagia. Tak sanggup lihat dia derita bersama aku yang makin sengsara melawan perit. Aku yakin. InshaaAllah suatu hari nanti, dia akan bahagia. Kerana dalam setiap doaku, akan ku sebut namanya agar Allah memberikan yang lebih baik untuk insan seikhlasnya. Setelah apa yang terjadi, aku dapat rasakan, tiada lagi aku wujud dalam hari-harinya. Biar dia tanam kebenciannya pada aku, namun yang ada padaku kasih yang berpanjangan untuknya dari jauh melalui doa dan harapan yang tinggal kepada belas Illahi.

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu.. kannya

[*] Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Maafkanku sayang

Sunday

Welcome back blogger!

warmth welcoming back to my self... nak menulis blog balik la even takde sape yang nak baca pun..drop comment ape tah lagi...haha. for me, jadilah wat tempat perkongsian tentang kewujudannya syamimi di dunia ini.In sha Allah.

Perlahan-lahanku terima..


aku ingin melihat dia bahagia bersama cintanya..

Tuesday

Status kawanku untuk diriku

Seorang sahabatku menulis status ini tanpa pengetahuanku...

"Buat sahabatku, semoga dirimu redha dan tabah dengan ujian.. 
Dengan pemberiannya yang ITU belum tentu dapat ditanggung oleh yang lain. 
Beruntung dengan pemberiannya yang ITU kerana mendekatkan lagi apa yang jauh antara kamu dan Dia...
ITU juga tanda kasih sayangNya...
Percayalah sahabat, andai ITU yang diberikan oleh Dia kepada aku, belum tentu dapat aku tanggung dengan redha..aku sayang kamu." (2 April 2013, FB)

TQVM Nurul Fatihah..sgt menyentuh sanubariku. 
Innalllaha Maana.

Tuesday

sedar diri 1


*Tiada Tuhan melainkan Engkau
Maha Suci Engkau
Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.