Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Monday

Mengenali Mencintai Kekasih Allah - Muhammad bin Abdullah.

Nama-nama Rasulullah


Di antara nama baginda seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w..

"Aku adalah _______



1) Muhammad

2) Ahmad

3) Al Maahi (Penghapus segala kekafiran)

4) Al Haasyir (Pengempul manusia yang dikumpulkan kelak di bawah telapak kakiku)

5) Al Aaqib (Penutup semua kenabian)



Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, "Aku adalah:



1) Al Muqaffa ( yang dimuliakan)

2) Nabiyyur Taubah ( Nabi pembuka pintu taubat)

3) Nabiyyur Malhamah (Nabi yang memimpin peperangan)

4) Nabiyyur Rahman (Nabi pembawa rahmat)



Dalam al-Quran, Allah swt menyebut Rasulullah saw dengan nama-nama berikut:



1) Basyiran (pembawa berita gembira)

2) Nazirin (pemberi ancaman)

3) Sirajan Munira (pelita yang terang)

4) Raufan Rahima (pengasih dan penyayang)

5) Rahmatan lil 'Alamiin (pembawa rahmat bagi seluruh alam)

6) Muhammad

7) Ahmad

8) Tahaa

9) Yassin

10) Muzammil

11) Muddatstsir (yang berselimut)

12) Abdullah (hamba Allah)

13) An Naziir Al Mubin (pemberi ingatan yang nyata)

14) Muzakkir (pemberi ingatan)



Tanda-tanda kenabian Rasulullah s.a.w



Ada beberapa tanda yang menunjukkan akan kenabian Nabi Muhammad saw di antaranya ialah:



1) Pembedahan Nabi Muhammad saw

Pembedahan dada Rasulullah ini merupakan keistimewaan bagi baginda. Allah swt memerinttahkan malaikatNya untuk membelah dada baginda dengan tujuan membersihkan dan memberi cahaya Illahi sebagai persiapan untuk menerima wahyu daripada Allah swt untuk diajarkan kepada manusia. Pembedahan ini dijalankan sebanyak 4kali.



(i) Pertama, ketika baginda dalam penjagaan Halimah (ibu susuan baginda), ketika itu Nabi baru berumur 4tahun (menurut pendapat yang kuat) ;



(ii) Pembedahan kedua ketika nabi berumur 10tahun



(iii) Pembedahan ketiga ketika baginda berumur 40 tahun iaitu ketika Jibril datang menemui baginda menjelang baginda diangkat menjadi Rasul;



(iv) Pembedahan keempat terjadi iaitu pada malam Isra' dan Mi'raj ketika baginda ingin berangkat ke Isra'.



2) Khatamun Nubuwwah (cap kenabian)

Para ulama berselisih dalam menentukan bantuknya. Menurut pendapat yang mahsyur tanda kenabian Khatamun Nubuwwah itu serupa dengan telur burung merpati. Iaitu berbentuk gumpalan daging yang timbul pada punggung sebelah kiri bahagian atas, memancarkan cahaya, terlihat berwibawa dan berbau wangi.



3) Bermimpi baik dan benar

Rasulullah saw tidak sekali-kali bermimpi sesuatu, melainkan yang dimimpikan itu menjadi kenyataan.



4) Banyak lagi tanda-tanda kenabian baginda, termasuk yang telah diungkapkan dalam mukjizat Rasulullah saw.



* berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w tanda kecintaan kita kepada baginda.




No comments:

Post a Comment